Nota Kata Pemeri

Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.

Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.

Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.

Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh ayat

Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.

Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.

Rojak ialah makanan kegemaran saya.

Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri

Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama manakala adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.Kesalahan yang sering dilakukan oleh murid ketika di kelas boleh dikategorikan seperti berikut:

Salah

Betul

Masalah ponteng sekolah adalah masalah yang besar.

Masalah ponteng sekolah ialah masalah yang besar

Jamuan ini ialah untuk meraikan pertukaran guru besar.

Jamuan ini adalah untuk meraikan pertukaran guru besar.

Latihan 1


Cuba isikan tempat tempat kosong di bawah ini dengan kata pemeri ialah atau adalah  yang sesuai.

1.   Dr Quek yang berucap di perhimpunan sekolah ________ bekas  
            penuntut sekolah ini.

2.       Penuntut perempuan yang jelita itu ___________ tunangan orang.

3.       Tiada siapa yang menyangka dia  _________ sangat garang orangnya.

4.       Penyakit Hussein yang berjangkit itu _________ penyakit yang tiada penawarnya lagi.

5.       Matlamat mengadakan lelaman web Bahasa Melayu ________ untuk memberi pengajaran yang lebih berkesan.

6.       Pasar serbanika itu yang dibuka di kawasan itu_____________ untuk kemudahan penduduk di situ.

7.       Rumah baru di hadapan rumah saya itu ________ milik Encik Mokhtar.

8.       Salah satu masalah remaja ________ tabiat membelanjakan wang dengan berlebihan.





http://puanida.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gifhttp://puanida.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gifhttp://puanida.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gifhttp://puanida.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gifhttp://puanida.tripod.com/imagelib/sitebuilder/layout/spacer.gif

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Cikgu

Video Pengajaran Mikro

Video Makro Pengajaran