Nota Kata Pemeri

Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.

Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.

Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.

Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh ayat

Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.

Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.

Rojak ialah makanan kegemaran saya.

Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri

Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama manakala adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.Kesalahan yang sering dilakukan oleh murid ketika di kelas boleh dikategorikan seperti berikut:

Salah

Betul

Masalah ponteng sekolah adalah masalah yang besar.

Masalah ponteng sekolah ialah masalah yang besar

Jamuan ini ialah untuk meraikan pertukaran guru besar.

Jamuan ini adalah untuk meraikan pertukaran guru besar.

Tuesday 7 May 2013

Tema Hari Guru 2013


Hari Guru bakal menjelang tidak lama lagi.Bertepatan dengan tema Hari Guru amatlah diharapkan agar kita warga guru mampu menjadi 1 Aspirasi 1 Agenda kepada murid serta masyarakat dan seterusnya kepada negara.

Sunday 14 April 2013

Selamat Belajar

Assalamualaikum.
Kepada anak murid cikgu.Hari ini kita akan belajar mengenai kata pemeri.Kamu boleh baca nota ringkas yang telah cikgu letakkan dalam blog ini.Cikgu harap selepas ini kamu tidak lagi melakukan kesalahan penggunaan kata pemeri terutama dalam penulisan ayat.


~cikgu ct~

Tuesday 9 April 2013

Salam Perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ini merupakan pengalaman kali pertama saya membina blog.Salam perkenalan daripada saya Cikgu Siti Sapiah.Blog ini akan sentiasa saya update.Diharap kawan-kawan dapat memberi komen dan semoga pengisian blog ini memberi faedah kepada kita.

Wssalam..

~cikgu ct~

Terima Kasih Cikgu

Video Pengajaran Mikro

Video Makro Pengajaran