Nota Kata Pemeri

Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.

Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.

Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.

Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh ayat

Perempuan yang berambut panjang itu ialah kakak saya.

Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.

Rojak ialah makanan kegemaran saya.

Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.

Kesalahan Penggunaan Kata Pemeri

Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama manakala adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.Kesalahan yang sering dilakukan oleh murid ketika di kelas boleh dikategorikan seperti berikut:

Salah

Betul

Masalah ponteng sekolah adalah masalah yang besar.

Masalah ponteng sekolah ialah masalah yang besar

Jamuan ini ialah untuk meraikan pertukaran guru besar.

Jamuan ini adalah untuk meraikan pertukaran guru besar.

Tuesday 7 May 2013

Tema Hari Guru 2013


Hari Guru bakal menjelang tidak lama lagi.Bertepatan dengan tema Hari Guru amatlah diharapkan agar kita warga guru mampu menjadi 1 Aspirasi 1 Agenda kepada murid serta masyarakat dan seterusnya kepada negara.

1 comment:

Terima Kasih Cikgu

Video Pengajaran Mikro

Video Makro Pengajaran